2 Januari 2023, Jeneral Polis Damrongsak Kittipraphat selaku Ketua Polis Negara dan pegawai yang berkaitan memberi kenyataan mengenai 2 saspek ditangkap yang terlibat dalam kes letupan bom di flat polis Narathiwat, bahawa. Pada tanggal 22 Nov. 2022 yang lalu, berlaku letupan bom di flat polis Narathiwat. Mengakibatkan seorang maut, 25 lagi cedera dan 18 orang ahli keluarga pegawai polis cedera. Disampin itu, terdapat 70 buah rumah dan Flat pegawai kerajaan rosak dan banyak barangan peribadi rosak.
Dari bukti, pemereksaan plat lesen kereta yang digunakan dalam kejadian, merupakan kereta ISUZU berwarna hitam, nombor pendaftaran กค6961 Trang. Kereta tersebut didapati bahawa terdapat jualan berturut-turut sejak 2021 dan Cik Sainak merupakan pemilik terakhir sebelum diumumkan untuk dijual di Facebook. Setelah itu, ada yang berminat dan buat temujanji untuk membeli kereta tersebut, di Mukim Kaluwo, Daerah Mueang, Wilayah Narathiwat pada 5 November 2022. Terdapat 2 orang lelaki yang menaiki motosikal datang untuk membeli kereta itu dan ada saksi mengesahkan 1 daripada 2 orang yang datang mengambil kereta itu adalah En. Hasbuloh Sanik.
Selain itu, dari pemeriksaan CCTV laluan yang digunakan saspek adalah datang dari Daerah Tak Bai dan terdapat 6 kenderaan yang terbabit dalam kes ini, lima daripadanya sudah dirampas. Sementara itu, saspek dalam kes ini dapat dibuktikan identiti seramai 9 orang. Dan kini polis telah menahan dua saspek iaitu En. Abdulmubin Lateh dan En. Usman Sanik yang mengaku terlibat dalam kes ini.
Kini, Mahkamah Wilayah Narathiwat telah meluluskan waran tangkap terhadap 9 saspek dalam kes ini, terdiri daripada
- En Hasbulloh Sanik
- En Abdulmubin Lateh
- En Abdulmatin Mamak
- En Usman Sanik
- En Abdulhafiz Dereh
- En. Wafi Sapadi
- En. Esa Saleh
- Encik Saipurusman Mamak dan
- Encik Muhammad Hafis Cekderamae. Manakala 2 saspek telah ditahan dan 7 lagi masih dalam proses penangkapan.
รวบแล้ว 2 ออกหมายจับเพิ่ม 7 ราย เหตุลอบวางระเบิดแฟลตตำรวจนราธิวาส เมื่อ 22 พ.ย.65