Wednesday, 5 February 2025

Timbalan Pusat Penjagaan Keamanan Dalam Negara Bahagian ke-4 Barisan Depan membimbangkan pemuda yang bermain kad permainan yang memutarbelitkan sejarah, meminta kerjasama institusi pendidikan mempercepatkan memberi pemahaman yang betul

 Dari kes permainan kad permainan “ Patani Colonial Territory ” merupakan permaian yang memutarbelitkan sejarah yang boleh memecah belah. Lebih-lebih lagi mengenai “Tawanan perang Pattani yang diseksa dengan menusuk tendon Achilles mereka” yang disiarkan di media sosial dan mengadakan kegiatan untuk mengajak pemuda bermain permainan tersebut.   

 Dengan itu, Mejar Jeneral Pramote Prom-in selaku Timbalan Pusat Penjagaan Keamanan Dalam Negara Bahagian ke-4 Barisan Depan, mendedahkan bahawa kad permainan yang dipanggil Patani Colonial Territory, merupakan permaianan yang sangat membimbagkan kerana permainan tersebut melibatkan sejarah traumatik di wilayah sempadan selatan. Contohnya “orang Melayu ditangkap dan dipaksa untuk menggali sungai Saen Saep”. Yang mana, jika mengkaji sejarah secara menyeluruh, baik dalam bidang perubatan mahupun dalam sejarah mengenai penggalian sungai Saen Saep, didapati tiada penglibatan tawanan orang Melayu yang menggali Sungai  Saen Saep. Sementara untuk fakta perubatan mendedahkan bahawa tidak ada kemungkinan jika tendon Achilles ditikam dan boleh bekerja. Selain itu, dalam sejarahpun  terdapat pengkaji yang mengkaji dan menyelidik dengan jelas menyatakan bahawa, Bilakah Sungai Saen Saep digali? dan Siapa yang menggalinya?. Dari bukti yang direkodkan, kebanyakannya pekerja yang menggali sungai tersebut adalah dari China dan Laos. Dan tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa tawanan perang dibawa untuk menggali Sungai Saen Saeb.

 Selain itu, Mejar Jeneral Pramote Prom-in menyatakan bahawa dari kes tersebut, merupakan salah satu contoh dalam sejarah yang diputarbelitkan, yang boleh menimbulkan perpecahan. Disampin itu juga, terdapat beberapa organisasi yang menyokong belanjawan untuk pengeluaran permainan tersebut. Daripada pemeriksaan, didapati sebuah pertubuhan yang aktif berpolitik yang memberi sokongan.

 Bagaimanapun, dari kes tersebut Leftenan Jeneral Santi Sakuntanak, Panglima Pusat Penjagaan Keamanan Dalam Negara Bahagian ke-4 Barisan Depan, membimbangkan kepada pemuda di dalam kawasan. Dengan itu, memberi tumpuan untuk mewujudkan persefahaman dan minta kerjasama institusi pendidikan untuk memberi pemahaman yang betul tentang sejarah. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan memberi sokongan dalam pembelajaran sejarah tempatan Dan telah membangunkan menjadi sumber pembelajaran dan pelancongan yang bersejarah untuk mencipta kebanggaan bagi kita semua. Tetapi bagi yang memutarbelitkan sejarah untuk mewujudkan perpecahan adalah tidak wajar. Dengan itu, telah mengarahkan majlis keamanan dan pentadbir sekolah untuk memberi pemahaman yang betul kepada rakyat.

ที่มา https://thainews.prd.go.th/…/detail/TCATG221129113342092